17 Jun2020
Retreat Team Building dan Strategi Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pusat Pengajian Kerajaan Tahun 2020
SOG ONLINE: Retreat Team Building dan Stategi Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pusat Pengajian Kerajaan Tahun 2020 telah diadakan di The Jerai Hill Resort, Kedah pada 30 Januari hingga 01 Februari 2020.
Pelan strategik ini adalah untuk menetapkan hala tuju Pusat Pengajian Kerajaan bagi tempoh lima tahun dan telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam bidang pengurusan. Penyediaan pelan ini mengambil kira perubahan persekitaran dan implikasi kepada pusat pengajian untuk terus unggul sebagai peneraju dalam bidang pengurusan selari dengan hasrat menjadikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Kerajaan, Prof. Madya Dr. Zainal Md Zan bengkel ini bertujuan untuk membincangkan semua teras dalam Pelan Strategik Fasa Kedua (2016-2020) sekaligus untuk meningkatkan pencapaian pusat pengajian bagi tahun 2020. Dengan bengkel ini juga dapat mengenalpasti dan menetapkan KPI pelan Strategik mengikut jawatankuasa-jawatankuasa di bawah pusat pengajian.
Dengan adanya retreat team building ini juga dapat membentuk imej yang lebih positif dan efektif untuk staf dan dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai objektif organisasi selain dapat menerapkan budaya prestasi dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran.
Sekian, terima kasih.