Lawatan Rasmi dari Universitas Dr. Soetomo (UNITOMO), Indonesia ke Pusat Pengajian Kerajaan, UUM
SOG ONLINE: Universitas Dr Soetomo (UNITOMO) berhasrat untuk menjalinkan hubungan dua hala dengan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG). Sebelum hubungan dimeterai secara rasmi menerusi memorandum persefahaman, pihak Unitomo dan SOG telah sepakat untuk melaksanakan program rintis iaitu penempatan pensyarah pelawat. Sehubungan itu sesorang pensyarah pelawat Profesor Dr Hjh Sedarmayanti M.Pd, APU telah bersetuju untuk menjalani penempatan di SOG selamaa seminggu bermula tarikh 12 Mac 2020 sehingga 21 Mac 2020.
Tambahan lagi, sepanjang program penempatan berkenaan beliau akan menjalankan beberapa aktiviti melibatkan staf akademik dan pelajar program Sarjana SOG. Antara program yang dijalankan oleh Prof. Dr. Hjh Sedarmayanti M.Pd, APU adalah “Public Lecture Relocation Indonesia Capital City Of Jakarta to East Kalimantan: Challenges and Impact” dan “SOG Book Writing Workshop Scientific Writing: Scientific Thinking, Scientific Research & Scientific Work” yang bertempat di Bilik Seminar SOG.
Sekian, terima kasih.