Majlis Serah Tugas Penjawat Tahun 2021
SOG ONLINE: Majlis Serah Tugas Penjawat Pusat Pengajian Kerajaan 2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, SoG pada 14 Januari 2021. Penjawat Utama SoG 2021 terdiri daripada Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf (Dekan), Dr. Solahuddin Ismail (Timbalan Dekan), Sr. Dr. Farahiyah Fadzil (Ketua Jabatan BDM), Dr. Nor Azizah Zainal Abidin (Ketua Jabatan BPM), Dr. Sharif Shofirun Sharif Ali (Penyelaras BDM), Dr. Sharifuzah Osman (Penyelaras BPM) dan Dr. Siti Syuhadah Mohamad selaku (Penyelaras Siswazah).
Prof. Madya Dr. Ahmad Zubir Ibrahim telah dilantik menjadi Pengarah SCoE, Institute Local Government Studies (ILGS) Pusat Pengajian Kerajaan menggantikan Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman. Dekan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjawat baharu kerana sudi menerima pelantikan serta menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan. Beliau berpesan agar sentiasa berfikiran terbuka, menjadi pendengar yang baik dan sentiasa bersangka baik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Dekan juga merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada mantan-mantan penjawat yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang pada tahun 2020 dan berharap barisan penjawat 2021 dapat menjalinkan kerjasama yang baik bagi mencapai matlamat pusat pengajian.
Turut serta dalam sesi bergambar Prof. Madya Dr. Rusdi Omar (Penolong Naib Canselor COLGIS).
Sekian, Terima kasih.