All News

Kelestarian Hijau Pusat Pengajian Kerajaan “Pertandingan Pengasingan Sisa Pepejal” 7-11 Mac

Image

10 Mac 2021: Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi Pusat Pengajian Kerajaan telah mengadakan pertandingan pengasingan sisa pepejal bersempena dengan "Program Kelestarian Hijau Pusat Pengajian Kerajaan".


Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan persekitaran hijau kepada semua staf selain memupuk kesedaran dan budaya persekitaran hijau. Pertandingan ini dibuka kepada semua staf Pusat Pengajian mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori kertas, plastik dan aluminium


Tempat pertama kategori kertas dimenangi oleh Dr Norlaila Abdullah Chik dengan berat timbangan sebanyak 84.6kg, kategori plastik dimenangi oleh Dr. Wahida Ayob dengan berat timbangan sebanyak 15.35 kg dan kategori aluminium dimenangi oleh Pn. Zarina Illias dengan berat timbangan sebanyak 17.2kg.


Diharap pertandingan seperti ini mendapat sambutan yang menggalakan lagi di kalangan staf pada masa akan datang.