All News

PROGRAM CERAMAH KESEDARAN KESIHATAN: KESEDARAN PENJAGAAN KESIHATAN TUBUH BADAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Image

Oleh Dr. Wahida Ayob: Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Keceriaan, Sukan Dan Rekreasi dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan  (SOG) telah menganjurkan Program Ceramah Hari Kesedaran 2022 pada 24 Januari 2022 di Bilik Mesyuarat Utama (SOG). Program ceramah ini melibatkan staf UUM Colgis ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit terutamanya daripada aspek pemakanan. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mariani Abdul Hamid (Pensyarah Kanan, School of Chemical and Energy Engineering, Universiti Teknologi Malaysia) dan Dr Wan Rosli Wan Sulaiman (Universiti Teknologi Malaysia) . Melalui ceramah ini para peserta telah diperkenalkan dengan produk Dermags iaitu Active Plus. Produk ini terhasil melalui R & D yang menghasilkan satu kaedah saintifik gabungan daripada mineral, nutrisi dan vitamin yang bertujuan untuk menaikkan sistem immune. Sistem immune yang rendah menjadi punca pelbagai penyakit. Active Plus diperbuat daripada 7 garam mineral daripada 7 lautan di dunia. Air laut mempunyai kepelbagaian mineral dan mempunyai gelombang yang mampu untuk menjadi penawar segala penyakit. Sel dan sIstem badan memerlukan mineral, nutrisi dan vitamin untuk kekal sihat. Bila sel tidak mendapat minerals, nutrisi dan vitamin pada kadarnya, sel menjadi semakin tidak sihat. Bila sel tidak sihat, sistem immune semakin lemah, pelbagai penyakit akan timbul. Sel akan berfungsi dengan maksima bila menerima kadar ideal gabungan minerals, nutrisi dan vitamin. Unsur-unsur ini membolehkan sel membina tenaga dan berupaya membaikpulih sel yang rosak. Tujuan utamanya ialah  untuk membetulkan parameter mineral, nutrisi dan mineral dalam badan. Diformulakan dan dibina dengan teknik coding dan decoding untuk mengekalkan keaslian bahan utama. Gabungan daripada beberapa teknologi untuk mendapat hasil yang maksimum untuk semua peringkat kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk menjaga pemakanan, amalan hidup sihat disamping pengambilan supplemen yang sesuai.