All News

AKTIVITI CSR KELAB KEBAJIKAN DAN PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN (SOG)

Image

Oleh Dr. Wahida Ayob: Satu aktiviti CSR dan lawatan telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan SOG pada 15 Februari 2022 telah diwakili oleh 3 orang staf akademik ke rumah bekas staf akademik SOG iaitu En Mat Khalid di Pekan Kubur panjang. Beliau mengalami strok dan masalah ingatan.  Keterbukaan dan kesanggupan Kelab Kebajikan dan Pusat Pengajian menjalankan aktiviti CSR adalah satu langkah yang baik dengan menghulurkan bantuan makanan dan kewangan hasil sumbangan duit Kelab Kebajikan dan sumbangan daripada staf. Sehingga kini beliau masih mendapat rawatan fisioterapi bahagian kanan badan dan rawatan pemulihan memori. Adalah diharapkan lawatan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan beliau. Didoakan agar kesihatannya akan kembali pulih seperti biasa.