All News

ZIARAH AMAL RAMADHAN SOG

Image

Oleh Dr. Sharif Shofirun Sharif Ali: Ramadhan mengajar manusia erti bersyukur ke atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada umatnya. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari diuji samada ujian dalam bentuk kemiskinan mahupun kesihatan. Ibarat peribahasa melayu iaitu “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Begitulah gambaran yang sesuai diungkapkan kepada insan yang diuji dalam kehidupan mereka. Pusat Pengajian Kerajaan menerusi Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) dan Jawatankuasa Kerjasama Industri dan Khidmat Komuniti mengambil inisiatif untuk melakukan ziarah komuniti di Kampung Changkat Setol baru-baru ini.


Dengan kehadiran Ramadhan yang mulia, pada 5 April 2022 yang lalu, Pusat Pengajian Kerajaan menjalankan Ziarah Amal SOG dengan menziarah En Fai Ruzaidi Bin Saaban yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang dan kencing manis yang kronik. Pusat Pengajian Kerajaan mengambil keberkatan sempena Ramadan untuk menjalankan program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk menyelami masalah dan meringankan beban golongan yang memerlukan di samping mengeratkan kasih sayang.


Staf dari Pusat Pengajian Kerajaan yang terdiri daripada Dr Sharif Shofirun, Prof Madya Dr Nur Syakiran Akmal, Dr NurSuzylah dan Dr Rosfaraliza rasa bertanggungjawab dan melakukan ziarah bagi menyampaikan sumbangan dari Pusat Pengajian Kerajaan kepada En Fai Ruzaidi.


Pusat Pengajian Kerajaan juga ingin mengalu-alukan kepada mana-mana pihak untuk membuat sumbangan, bolehlah menghubungi Pusat Pengajian Kerajaan untuk keterangan lanjut.