All News

PROGRAM SYARAHAN TERBUKA MELALUI PLATFORM ATAS TALIAN DENGAN KERJASAMA BEBERAPA BUAH UNIVERSITI DI INDONESIA

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan sebuah program syarahan terbuka melalui platform atas talian  dengan kerjasama beberapa buah universiti di Indonesia sebagai satu usaha mengeratkan hubungan baik dalam kalangan ahli akadaemik bidang pengurusan awam di Malaysia dan Indonesia.

Program ini diadakan oleh Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama daripada ahli-ahli akademik dari Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta, Indonesia. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu pentadbiran awam di Indonesia sekaligus membuka minda para peserta syarahan terbuka secara amnya, dalam memahami dan membandingkan struktur dan isu pentadbiran awam antara kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia. Program ini turut menyentuh isu-isu birokrasi di Indonesia dan pengalaman Indonesia melalui fasa pemulihan ekonomi dari perspektif kerajaan Indonesia serta kesan dan impak dasar pemulihan ekonomi terhadap masyarakat di Indonesia.  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan memahami dasar dan pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan pentadbiran yang mesra rakyat serta ekonomi yang mapan.

Program syarahan ini diadakan di platform perbincangan atas talian dan dibahagikan kepada beberapa siri syarahan dan diadakan pada tiga hari iaitu pada tarikh 30 Mei 2022, 6 Jun 2022 dan 13 Jun 2022.