All News

PROGRAM SYARAHAN DI BAWAH TAJUK DASAR PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI PERUMAHAN LESTARI: KAJIAN KES DI NEGERI SELANGOR

Image

Sintok : Institut Kajian Kerajaan Tempatan (ILGS) di bawah Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah mengadakan Program Syarahan di bawah tajuk Dasar Pembangunan Komuniti Melalui Perumahan Lestari : Kajian kes di negeri Selangor. Syarahan ini telah menjemput Encik Nor Hanizan Sahib, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Operasi dan Pn Azlina Ismail, Penolong Pengarah Kanan Unit Penguatkuasaan  dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Program ini diadakan oleh Pusat Pengajian Kerajaan  bersama para pelajar Pusat Pengajian Kerajaan. Program ini bertujuan untuk membuka minda para pelajar, tenaga pengajar dan warga Universiti Utara Malaysia secara amnya, mengenai Dasar Pembangunan Komuniti melalui program perumahan lestari yang berlaku di Selangor. Program ini turut menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan Dasar Pembangunan Komuniti, program perumahan lestari dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesan dan impak Dasar Pembangunan Komuniti terhadap penduduk di kawasan kajian di Selangor.  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan memahami dasar dan pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan masyarakat di Malaysia di samping memperkenalkan konsep perumahan lestari di Malaysia.

Program syarahan ini diadakan di Dewan Seminar C Pusat Konvensyen Universiti Utara Malaysia (UUM) dan bermula pada pukul  10 pagi dan diakhiri dengan sesi soal-jawab di penghujung program pada pukul 12 tengahari.