All News

AKTIVITI GOTONG ROYONG DI KG KUALA SUNGAI DAUN

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan satu kerjasama dengan E-IDAMAN, Majlis Daerah Yan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Yan  (IPK Yan) dalam mengadakan aktiviti gotong royong di Kg Kuala Sungai Daun, Yan.

Sesi Gotong-Royong Perdana ini diadakan  bersama penduduk Kg Kuala Sungai Daun. Program ini bertujuan untuk membina hubungan yang kuat antara komuniti setempat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memberi impak mendalam mewujudkan sistem pengurusan kebersihan kawasan sekitar yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari seperti mana yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

Gotong-royong ini melibatkan penduduk Kg Kuala Sungai Daun untuk membersihkan kawasan di sekitar kampung tersebut bersama anggota perbadanan yang terlibat dengan program ini.