All News

WRITING AND PUBLISHING FOR NEWSPAPERS

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG)  telah mengadakan program syarahan terbuka dalam platform atas talian Facebook secara langsung di bawah tajuk Public Sector Talk Series : Writing and Publishing for Newspapers oleh penceramah jemputan, Dr Siti Suriani Binti Othman.

Program ini diadakan oleh Pusat Pengajian Kerajaan bersama staf Pusat Pengajian Kerajaan. Program ini bertujuan untuk membuka minda tenaga pengajar dan warga Pusat Pengajian Kerajaan, mengenai cara-cara penulisan dan penerbitan akhbar. Program ini turut menyentuh isu-isu yang penulisan artikel, penerbitan akhbar dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerbitan sesuatu artikel atau berita dan impak penulisan akhbar kepada masyarakat.  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu warga Pusat Pengajian Kerajaan memperbaiki mutu penulisan mereka.

Program syarahan terbuka ini  diadakan pada 23 Jun 2022 bermula pada pukul  9.30 pagi  dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.