All News

SESI DIALOG SW CORP

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan satu kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara dalam mengadakan satu program Sesi Dialog dan Perkongsian Ilmu bertajuk, Peranan Masyarakat dalam Pengasingan SIsa Pepejal

Sesi Dialog dan Perkongsian Ilmu ini diadakan  bersama Timbalan Pengarah SW Corp Kedah, Puan Azhana binti Che Ghazali. Program ini bertujuan untuk membina hubungan yang kuat antara komuniti setempat dengan industri pengurusan pepejal yang diwakili oleh SW Corp Kedah serta memberi impak memberi impak mendalam bagi membuka minda masyarakat setempat mengenai peri pentingnya peranan masyarakat dalam mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

Sesi dialog dan Perkongsian ilmu ini telah diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara serta dihadiri oleh Alumni UUM dan murid-murid daripada SK Dato Wan Kemara bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.

19 Mei 2022