Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan sebuah program eksposisi Jom Masuk U sebagai satu usaha mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia.
Program ini diadakan oleh Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Alumni UUM dan SMK Pulau Nyior. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan bertukar-tukar pendapat mengenai hala tuju pelajar selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pelajar-pelajar SMK Pulau Nyior sekaligus membuka minda para peserta eksposisi secara amnya, dalam memahami dan membandingkan struktur program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kerajaan. Program ini turut menyentuh isu-isu berkaitan pelajaran dan tawaran hala tuju selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disamping memberi motivasi dan pengetahuan berkaitan pemilihan kursus alam universiti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan memahami hala tuju dan pemilihan kursus di unversiti agar para pelajar tidak tersalah memilih bidang pengajian yang mereka minati.
Program eksposisi Jom Masuk U ini dijalan pada 21 Jun 2022, bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dengan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 daripada SMK Pulau Nyior dan para pensyarah daripada Pusat Pengajian Kerajaan.
13 Jun 2022