All News

PENGUATKUASAAN PERUMAHAN DI BAWAH LEGISLATIF KERAJAAN NEGERI

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG)  dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah mengadakan program syarahan terbuka dalam platform atas talian Facebook secara langsung di bawah tajuk Penguatkuasaan Perumahan di bawah Legislatif Kerajaan Negeri oleh penceramah jemputan, Puan Erni Juliana Rosli, Pegawai Undang-undang dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Program ini diadakan oleh Pusat Pengajian Kerajaan bersama para pelajar Pusat Pengajian Kerajaan. Program ini bertujuan untuk membuka minda para pelajar, tenaga pengajar dan warga Universiti Utara Malaysia secara amnya, mengenai penguatkuasaan perumahan di bawah legislatif Kerajaan Negeri. Program ini turut menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang perumahan kerajaan negeri, pelaksanaan dasar dan faktor-faktor yang mempengaruhi kesan dan impak penguatkuasaan perumahan bawah legislatif kerajaan negeri terhadap penduduk tempatan.  Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan memahami dasar dan pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan tempatan dalam usaha membangunkan masyarakat di Malaysia di samping memperkenalkan konsep perumahan lestari di Malaysia.

Program syarahan terbuka ini  diadakan pada 20 Jun 2022 bermula pada pukul  3 petang  dan berakhir pada pukul 5 petang.