All News

MAJLIS SYARAHAN ADJUNG

Image

Sintok : Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan Program Syarahan Felo Adjung Pusat Pengajian Kerajaan dibawah tajuk Jenayah Siber Di Malaysia: Impak dan Inisiatif daripada Perspektif Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program ini diadakan dengan kerjasama antara pihak Pusat Pengajian Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri yang diwakili oleh Yang Berbahagia, Datuk Muhamad Fauzi B. Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan) Kemnterian Dalam Negeri. Program Syarahan Felo Adjung Pusat Pengajian Kerajaan ini diadakan  bersama para pelajar Pusat Pengajian Kerajaan dan pegawai-pegawai daripada pihak Kemneterian Dalam Negeri (KDN).  Program ini bertujuan untuk mmebuka minda para pelajar, tenaga pengajar dan warga Universiti Utara Malaysia secara amnya, mengenai isu jenayah siber di Malaysia. Program ini turut menyentuh berbagai bentuk jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia seperti Skim Macau, Jerat Penipuan Cinta Siber, Cabutan Bertuah Siber, Pembelian tidak sah atas talian dan sebagainya.

Program Syarahan Felo Adjung Pusat Pengajian Kerajaan ini diadakan di Dewan Sri Angsana, Hotel EDC-UUM dan  bermula pada pukul 9.00 pagi dan diakhiri dengan sesi soal-jawab di penghujung program pada pukul 12.00 tengahari.

7 Jun 2022