All News

STAF SOG CABAR KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN FIZIKAL DAKI BUKIT BUNGA RAYA

Image

SOG ONLINE : Kira-kira 15 staf menyertai Program Let’s Go Hiking yang diadakan di Bukit Bunga Raya pada 16 Jun 2022 bagi mendedahkan warga staf kepada aktiviti lasak yang mampu mencabar kebolehan dan kemampuan fizikal diri mereka.

Inisiatif program ini diadakan bagi memupuk  sikap kerjasama dan bantu-membantu di kalangan warga SoG dalam aktiviti sukan lasak dan melatih supaya mengamalkan aktiviti sihat.

Ketua Biro Environment & Sustainability (ES), Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR), Dr. Sakinah Muslim berkata, program ini bertujuan memberi ruang dan peluang para staf mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kehidupan.

Bagi Prof. Madya Dr. Kalthum Hassan, pensyarah berkata, program ini harus dijadikan aktiviti berkala kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahhim dan komunikasi dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran.

Pendakian ini dianjurkan oleh JKKSR sempena menyahut seruan Naib Canselor UUM iaitu setiap Hari Selasa adalah Hari Sukan supaya staf melakukan aktiviti riadah dan juga menyokong dasar sukan negara iaitu membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat.

 

Oleh : Salina Abdullah | Gambar Oleh : Siti Nur Izzati Saad