All News

PROGRAM TREASURE HUNT, JALINAN KASIH DAN UKHUWAH SOG.

Image

SOG ONLINE : Program Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan Awam, Pusat Pengajian Kerajaan telah berlangsung pada 1 Julai 2022. Inisiatif program ini diadakan untuk memupuk dan mengeratkan ukhuwah antara pensyarah SoG dengan pelajar BPM dan BDM setelah dua tahun program seumpama ini tidak dapat diadakan. Program ini dilaksanakan di sekitar pusat pengajian kerajaan. Kira-kira 50 orang pelajar terlibat dalam program ini.

Kehadiran Dekan Pusat Pengajian Kerajaan, Prof. Madya. Dr. Halimah Abdul Manaf menunjukkan hubungan erat antara pelajar dan pensyarah yang harmoni untuk bangkit bersama-sama menjayakan agenda pusat pengajian kerajaan di masa hadapan.

“Beliau menyatakan program ini dapat menjalin ikatan mesra dan hubungan silaturrahim antara pensyarah dan pelajar BPM dan BPM. Pada masa yang sama para pelajar juga perlu sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada pensyarah. Beliau menekankan yang kemesraan antara pensyarah dan pelajar seharusnya disusuli dengan adab yang tinggi”.

“Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga dapat meningkatkan kecerdasan badan dan minda. Program seumpama ini juga dapat mengurangkan tekanan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir pada Julai nanti”.

Program ini berakhir kira-kira pada jam 12.00 tengahari.

 

Oleh : Nur’Jila Mohammad | Gambar Oleh : Noor Faizzah Dollah