All News

KERJASAMA ANTARA UUM DAN GROBIO INDUSTRY SDN BHD

Image

Sintok: Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Grobio Industry Sdn Bhd yang terletak di kawasan perusahaan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.Sintok: Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Grobio Industry Sdn Bhd yang terletak di kawasan perusahaan, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Syarikat Grobio Industry Sdn.Bhd (GISB) telah ditubuhkan pada 01 Ogos 2017 dengan utama untuk menjadi satu syarikat yang professional, progresif dan dinamik yang terlibat dalam proses penyelidikan dan pengeluaran ransum campuran lengkap (Total Mixed Ration) dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti aktiviti pengedaran, pemasaran dan logistik. Projek ini telah mendapat bimbingan dan bantuan dari berbagai agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, SIRIM, MADA/PPK, Universiti Utara Malaysia dan IADA. Modal berbayar RM500,000 dan pihak syarikat memiliki sebuah kilang dan gudang seluas 220,000 kaki persegi (5++ ekar di Kawasan Perusahaan Sungai Petani dan Sidam. Kapasiti Penuh syarikat berdasarkan mesin dan alatan sedia ada adalah sebanyak 600 metrik tan sebulan. Ketua Pegawai Eksekutif Grobio Sdn Bhd iaitu En Rosly yang juga merupakan alumni Pusat Pengajian Kerajaan menjelaskan bahawa dedak TMR 6T adalah rumusan makanan lengkap yang disediakan untuk memudahkan, mengkomersialkan penternak supaya penternak mampu berada pada tahap pengeluaran yang maksimum.

Kunjungan hormat ini dilakukan untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara UUM dan Grobio Industry Sdn Bhd serta meneroka peluang-peluang baharu yang dapat dijalankan antara kedua-dua pihak seperti penyelidikan, perundingan serta moboliti pelajar.