All News

“PROGRAM CSR: TEACHING, LEARNING AND SUPPORTING “KEMPEN KESEDARAN AKADEMIK TERHADAP ALAM SEKITAR” DI SMK PULAU NYIOR

Image

UUM ONLINE: Pada 5 Julai 2022, kami daripada kumpulan 4 telah menjalankan projek SULAM bagi kursus GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam. Projek ini telah dijalankan di SMK Pulau Nyior bersama pelajar tingkatan 3 dan 4. Beberapa agenda telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung di sekolah tersebut. Kami seramai 9 orang telah melaksanakan projek tersebut. Ketua kumpulan merangkap pengarah projek ini ialah saudara Faisal bin Nahar, 269518. Timbalan pengarah projek ialah Quratu Syahira Afiqah Binti Jefrin, 277844. Setiausaha projek ialah Silosheeni A/P Mogan, 27830.Selain itu, bendahari pula adalah Nurhanis Rushdina Binti Suparman 279949. Manakala ahli-ahli lain memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa yang telah dilantik iaitu AJK Media adalah Narmatha A/P Paramesvaran 278145, AJK Pendaftaran Nur Izyan Binti Idrus 279480, AJK Logistik Nurin Natasya Binti Shamsul Fazli 279970, AJK Jamuan Nursofia Hiza Binti Omal 278636 , AJK Akvititi Faisal Nahar 269518, dan AJK cenderamata Aida Solehah Binti Ahmad Fauzi 281468. Selain itu, projek ini turut dibantu oleh empat orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar UUM. Manakala, projek ini turut diiringi oleh pensyarah bagi kursus ini, Dr. Marfunizah Ma’dan.Pada 5 Julai 2022, kami daripada kumpulan 4 telah menjalankan projek SULAM bagi kursus GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam. Projek ini telah dijalankan di SMK Pulau Nyior bersama pelajar tingkatan 3 dan 4. Beberapa agenda telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung di sekolah tersebut. Kami seramai 9 orang telah melaksanakan projek tersebut. Ketua kumpulan merangkap pengarah projek ini ialah saudara Faisal bin Nahar, 269518. Timbalan pengarah projek ialah Quratu Syahira Afiqah Binti Jefrin, 277844. Setiausaha projek ialah Silosheeni A/P Mogan, 27830.Selain itu, bendahari pula adalah Nurhanis Rushdina Binti Suparman 279949. Manakala ahli-ahli lain memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa yang telah dilantik iaitu AJK Media adalah Narmatha A/P Paramesvaran 278145, AJK Pendaftaran Nur Izyan Binti Idrus 279480, AJK Logistik Nurin Natasya Binti Shamsul Fazli 279970, AJK Jamuan Nursofia Hiza Binti Omal 278636 , AJK Akvititi Faisal Nahar 269518, dan AJK cenderamata Aida Solehah Binti Ahmad Fauzi 281468. Selain itu, projek ini turut dibantu oleh empat orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar UUM. Manakala, projek ini turut diiringi oleh pensyarah bagi kursus ini, Dr. Marfunizah Ma’dan.

Program ini merupakan satu program kesedaran mengenai kepentingan ilmu akademik terhadap pembangunan alam sekitar yang lebih mapan. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketika pandemik COVID-19 ini lebih mementingkan penjagaan kebersihan kendiri berbanding kebersihan dan kemampanan alam sekitar fizikal. Punca masalah yang kami dapati adalah kerana di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telahpun menetapkan program wajib mengenai GO Green secara meluas. Namun demikian, di peringkat menengah tidak diterapkan dengan lebih meluas berbanding di peringkat IPT. Oleh itu, kami berpendapat bahawa kesedaran kepentingan ilmu pengetahuan alam sekitar perlu diterapkan sejak peringkat persekolahan terakhir sebelum melangkah ke pengajian tinggi.

Di samping itu, program ini juga berlatarbelakangkan pendedahan secara ceramah yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Kerajaan UUM iaitu Dr. Sharif Shorifun bin Sharif Ali, dan program secara praktikal iaitu melalui lawatan tapak serta eksplorasi akademik mengenai alam sekitar. Umumnya, ini adalah langkah awal bagi menerapkan budaya mencintai alam sekitar. Kami sebagai pelaksana projek amatlah terharu kerana disambut baik oleh pihak SMK Pulau Nyior terutamanya Pengetua sekolah itu sendiri, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Othman, Guru penasihat Kelab Alam Sekitar, guru kaunselor serta guru-guru lain di SMK Pulau Nyior.

Kami melaksanakan program ini mengikut tentatif yang telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan dan juga penasihat kursus ini. Kami memulakan program pada pukul 10.30 pagi bertetapan dengan waktu rehat para pelajar sekolah untuk memberi laluan kepada mereka meneruskan sesi persekolah pada sebelah pagi. Oleh itu, pendaftaran para peserta adalah pada pukul 10.30 pagi serta dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Ketua projek, iaitu Faisal Nahar. Seterusnya, pada pukul 11.00 pagi sesi diteruskan dengan ceramah mengenai kesedaran dan inovasi alam sekitar oleh Dr. Sharif Shofirun bin Sharif Ali. Melalui sesi ceramah ini, para pelajar telah didedahkan tentang kesedaran untuk menggunakan serta mencipta inovasi daripada bahan-bahan buangan/terpakai seperti surat khabar, plastik, tin, sisa makanan dan sebagainya. Para pelajar turut ditanya beberapa soalan tentang kepentingan dan cara penggunaan inovasi dalam alam sekitar di samping mendapat cenderamata (topi) yang disampaikan oleh penceramah sendiri ketika sesi ceramah berlangsung. Sesi ceramah berakhir dengan sesi penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh penasihat Kelab Alam Sekitar iaitu Cikgu Arafah daripada SMK Pulau Nyior.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi eksplorasi akademik mengenai kesedaran alam sekitar. Peserta bagi sesi eksplorasi akademik adalah terdiri daripada semua pelajar daripada Kelab Alam Sekitar. Manakala, peserta di dalam dewan telah menjalankan aktiviti dalam kumpulan seperti inovasi menggunakan kertas terpakai. Sesi terakhir program adalah sesi refleksi program di mana beberapa wakil pelajar telah ditanyakan mengenai faedah serta kepentingan ilmu kesedaran alam sekitar sepanjang aktiviti yang telah dijalankan. Sebelum program bersurai, majlis penyampaian hadiah kepada para peserta eksplorasi akademik telah diadakan. Majlis ini disampaikan oleh penasihat Kelab Alam Sekitar, iaitu Cikgu Arafah dan diiringi oleh Dr. Sharif Shofirun bin Sharif Ali, selaku Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Kerajaan dan Dr. Marfunizah Ma’dan selaku penasihat program. Program ini tamat pada pukul 1.30 tengah hari. Semua pelajar serta guru-guru di samping penceramah telah merakamkan gambar kenang-kenangan di akhir program ini.Sekian, terima kasih.