All News

“PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS NEW LEADER WILL BE BORN” DI SMK DULANG, YAN

Image

UUM ONLINE: Pada 28 Jun 2022, seramai lapan (8) orang pelajar yang daripada kursus Asas Pentadbiran Awam (GMGA1013) dibawah seliaan Dr. Marfunizah Ma’dan telah menjayakan program kursus kepimpinan pengawas bertajuk “New Leader Will be Born” bertempat di SMK Dulang, Yan bagi memenuhi projek SULAM. Projek SULAM atau “Service-Learning Malaysia-University for Society” ini bertujuan untuk mencapai aplikasi bagi pembelajaran di universiti ke dunia nyata bagi menyelesaikan masalah komuniti. Program ini disertai oleh 25 orang pengawas sekolah yang diipilih oleh pihak sekolah.Pada 28 Jun 2022, seramai lapan (8) orang pelajar yang daripada kursus Asas Pentadbiran Awam (GMGA1013) dibawah seliaan Dr. Marfunizah Ma’dan telah menjayakan program kursus kepimpinan pengawas bertajuk “New Leader Will be Born” bertempat di SMK Dulang, Yan bagi memenuhi projek SULAM. Projek SULAM atau “Service-Learning Malaysia-University for Society” ini bertujuan untuk mencapai aplikasi bagi pembelajaran di universiti ke dunia nyata bagi menyelesaikan masalah komuniti. Program ini disertai oleh 25 orang pengawas sekolah yang diipilih oleh pihak sekolah.

Kumpulan pelajar terbabit terdiri daripada Nur Izzati Binti Anuar (Ketua), Nur Zarith Alissa Binti Zakaria, Nur Alya Humairah Binti Mohammad Azam, Norhidayah binti Abd Wahid, Wan Nur Athirah Binti Wan Addenan, Nurul Syakifa binti Abdullah dan Nur Afiqah Musfirah Binti Mohamad Nasrol merasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak SMK Dulang, khususnya dari Encik Hittayatullah Hassan (Pengetua), Puan Sharifah dan Puan Yuhanis (Guru Kaunselor) dan kesemua guru yang terlibat menjayakan program terbabit.

Program kursus kepimpinan pengawas bertajuk “New Leader Will be Born” ini merupakan satu program yang berbentuk Kursus Kepimpinan yang melibatkan beberapa orang pelajar yang terdiri daripada pengawas atau bakal pengawas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan, Kedah. Antara punca masalah yang dapat dikenal pasti ialah masalah disiplin disekolah sering berlaku dan pelbagai pendekatan perlu diambil dan digunakan. Masalah disiplin yang berlaku di sekolah disebabkan oleh pelajar-pelajar memerlukan perhatian daripada pengawas sekolah demi menjaga imej dan prestasi sekolah. Justeru itu, pengawas memainkan peranan yang penting dan perlu memiliki ilmu kepimpinan. Oleh itu, kursus seperti kepimpinan pengawas ini adalah penting untuk menerapkan kemahiran-kemahiran penting kepada peserta yang telah dipilih.

Meskipun masa yang diperuntukkan singkat, pelbagai aktiviti telah dlilaksanakan termasuk Ice breaking, Ceramah Mengenai Kepimpinan oleh Encik Khairone Md Khatidin (Pegawai Psikologi, UUM), Aktiviti senarai barang runcit, dan role play unlocking potential sebelum para peserta diminta untuk memberi refleksi terhadap program yang dijalankan. Sebagai penutup majlis,upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Zuliana Azwa selaku pensyarah pengiring.Program telah tamat pada pukul 1.00 petang dengan acara majlis jamuan yang cukup menyelerakan termasuk pelbagai jenis durian dan rambutan sebagai pencuci mulut yang telah disediakan sendiri oleh pihak sekolah. Semua pelajar amat bersyukur dan berbanyak terima kasih di atas sambutan hangat dan layanan baik yang diberikan oleh pihak SMK Dulang, Yan.Sekian, Terima Kasih.