All News

“PROGRAM TEAM BUILDING” DI SMK MEGAT DEWA

Image

UUM ONLINE: Kumpulan kami iaitu Kumpulan 3 telah melaksanakan Projek Sulam yang bertajuk “Team Building” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa yang terletak di Kodiang, Kedah pada 18 Jun 2022. Semua ahli kumpulan kami iaitu seramai lapan orang telah melaksanakan projek ini dengan dipantau oleh penasihat program iaitu pensyarah kami sendiri Dr. Marfunizah Ma’dan. Projek ini telah diketuai oleh Khairul Aiman Lim bin Khalil Idham Lim, manakala Nurul Izzati Binti Ibrahim sebagai timbalan ketua. Vishalina Devi a/p Subramaniam sebagai setiausaha dan Nur Syahirah Natasha Binti Che Hamid sebagai bendahari. Manakala, ahli-ahli yang lain memegang portfolio setiap biro iaitu Nur Syamila Binti Mohd Idris (biro logistik), Eviana Raffeala Anak Jonic (biro protokol), Alley Noni Jolom (biro cenderamata) dan Siti Nurhazirah Binti Akmal (biro media dan fotografi).Kumpulan kami iaitu Kumpulan 3 telah melaksanakan Projek Sulam yang bertajuk “Team Building” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa yang terletak di Kodiang, Kedah pada 18 Jun 2022. Semua ahli kumpulan kami iaitu seramai lapan orang telah melaksanakan projek ini dengan dipantau oleh penasihat program iaitu pensyarah kami sendiri Dr. Marfunizah Ma’dan. Projek ini telah diketuai oleh Khairul Aiman Lim bin Khalil Idham Lim, manakala Nurul Izzati Binti Ibrahim sebagai timbalan ketua. Vishalina Devi a/p Subramaniam sebagai setiausaha dan Nur Syahirah Natasha Binti Che Hamid sebagai bendahari. Manakala, ahli-ahli yang lain memegang portfolio setiap biro iaitu Nur Syamila Binti Mohd Idris (biro logistik), Eviana Raffeala Anak Jonic (biro protokol), Alley Noni Jolom (biro cenderamata) dan Siti Nurhazirah Binti Akmal (biro media dan fotografi).

Projek ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar daripada SMK Megat Dewa. Tujuan utama pelaksanaan projek ini adalah untuk melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain. Selain itu, kami juga ingin membantu para pelajar mengenali dan mengasah kemahiran yang terdapat dalam diri mereka di samping dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk menyuarakan pendapat dan memberi idea kepada khalayak ramai. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti di lampiran iaitu seperti ice breaking, Custom creation, CSI, Mini Parlimen dan Refleksi.

Sekian, terima kasih.