All News

“PROGRAM ENGLISH FIESTA” DI SMK TANJUNG PAUH

Image

UUM ONLINE: Kumpulan kami iaitu Kumpulan 1 telah melaksanakan Projek Sulam yang bertajuk “English Feista” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pauh, Jitra, Kedah pada 28 Jun 2022. Semua ahli kumpulan kami iaitu seramai lapan orang telah melaksanakan projek ini. Projek ini telah diketuai oleh Adam Zikri bin Zambri (pengerusi), Noor Betrisyia binti Mohd Syamrizal (timbalan pengerusi), Aishah Nabila binti Sh Abu Bakar (Setiausaha), Nurul Husna binti Abdul Rashid (Bendahari), Khalish Khairi Khalim (exco protokol), Aisah Ayob (exco publisiti), Nur Siti Hajar binti Ahmad Shah (exco protokol) dan Nurdiana binti Kappari (exco dokumentari dan fotografi).Kumpulan kami iaitu Kumpulan 1 telah melaksanakan Projek Sulam yang bertajuk “English Feista” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pauh, Jitra, Kedah pada 28 Jun 2022. Semua ahli kumpulan kami iaitu seramai lapan orang telah melaksanakan projek ini. Projek ini telah diketuai oleh Adam Zikri bin Zambri (pengerusi), Noor Betrisyia binti Mohd Syamrizal (timbalan pengerusi), Aishah Nabila binti Sh Abu Bakar (Setiausaha), Nurul Husna binti Abdul Rashid (Bendahari), Khalish Khairi Khalim (exco protokol), Aisah Ayob (exco publisiti), Nur Siti Hajar binti Ahmad Shah (exco protokol) dan Nurdiana binti Kappari (exco dokumentari dan fotografi).

Projek ini telah melibatkan seramai 50 orang pelajar daripada SMK Tanjung Pauh. Kelebihan daripada menjalankan program ini ialah pelajar akan mendapat kefahaman yang lebih tinggi terhadap Bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Program ini harapnya dapat membantu para pelajar untuk berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris secara meluas sama ada dalam pelajaran mahupun di dunia luar yang dapat meningkatkan kemahiran insaniah. Program ini juga dapat memberi pelajar pendedahan dalam penggunaan Bahasa Inggeris kerana mendapat bimbingan daripada pihak lain selain tenaga pengajar SMK Tanjung Pauh. Oleh hal yang demikian, para pelajar mendapat pengetahuan yang tidak didedahkan kepada mereka serta membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris kerana sepanjang program dijalankan, pelajar dikehendaki berkomunikasi hanya menggunakan Bahasa Inggeris.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Ice breaking, Guest the word, Word Maker, dan Crazy word Relay. Program yang telah dijalankan ini bermula daripada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 1.15 petang dengan adanya majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta mengikut kumpulan masing-masing. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak SMK Tanjung Pauh di atas Kerjasama untuk kami menjayakan program Sulam ini.

Sekian, terima kasih.