All News

CERAMAH KESIHATAN: PROGRAM SARINGAN KESIHATAN (TIBI)

Image

SOG ONLINE: Situasi kesihatan masa kini dilihat masih lagi dibelengu dengan risiko-risiko jangkitan berkaitan dengan kesihatan. Ini termasuk jangkitan tibi yang disebarkan antaranya melalui pernafasan. Dalam era endemik di mana jaringan sosial semakin meningkat, risiko jangkitan penyakit tibi telah dikesan dalam kawasan berdekatan dengan kampus UUM. Hal ini disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dalam surat bertarikh 26 Jun 2022 kepada Pusat Pengajian Kerajaan (SoG). Surat tersebut menyatakan kawasan kampus UUM terletak dalam lokaliti yang mencatatkan bilangan kes tibi yang tinggi pada tahun 2022.

Untuk itu, risiko yang berkaitan dengan penyakit tibi harus diberi perhatian wajar. Lantaran Pusat Pengajian Kerajaan bersama sama dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu berganding bahu mengadakan program ujian saringan kesihatan berkaitan dengan penyakit tibi pada 28 & 30 Jun 2022.

Program ini melibatkan pensyarah SoG berserta dengan seorang tenaga pengajar daripada Pusat Ko-kurikulum UUM dan kira-kira 90 orang pelajar. Bertempat di DKG 2/1 program pada 28hb Jun dimulakan dengan ceramah kesihatan berkenaan dengan penyakit tibi. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu Dr. Mohd Faiz B. Itam. Program ini kemudiannya disusuli dengan ujian Mantoux (suntikan di bawah lapisan kulit) yang dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Ujian Mantoux merupakan ujian saringan bagi mengenal pasti jangkitan tibi pada individu. Bacaan ujian Mantoux diambil pada 30hb Jun di DKG yang sama.

Sekian

Disediakan oleh Dr. Sharifuzah Osman

Pusat Pengajian Kerajaan