All News

30 STAF JANUARI-JUN RAI ULANG TAHUN KELAHIRAN SECARA SEDERHANA, AKUI TERUJA SERTAI PERMAINAN INDOOR GAMES

Image

SOG ONLINE: Seramai 30 staf yang menyambut kelahiran bulan Januari hingga Jun dirai dan dihargai dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi, disambut secara sederhana dalam suasana meriah penuh kesyukuran di samping mengeratkan silaturahim sesama staf. baru-baru ini.

Berkonsepkan SOG TAKE A BREAK : “LET'S PLAY AND CELEBRATE” menggabungkan 2 program dalam satu masa adalah untuk memberi peluang staf mengasah bakat dan menghargai ulang tahun kelahiran.

Dekan, Halimah Abdul Manaf berkata, program seumpama ini patut diteruskan demi mengukuhkan silaturahim dan kebajikan staf dicakna.

"Disebabkan kekangan masa dan beban tugas yang dipikul oleh setiap staf memerlukan adanya semangat kerja berpasukan dan motivasi tinggi untuk mencapai matlamat dan KPI jabatan ke arah yang lebih baik"

Tambahnya lagi, untuk mencapai pemuafakatan, perlulah ada sikap kerjasama, toleransi dan berintegriti di kalangan staf SOG.

Pada majlis itu, Halimah telah menyampaikan cenderahati kepada kira-kira 30 staf yang menyambut ulang tahun kelahiran bulan Januari hingga Jun 2022. Selain menyempurnakan acara memotong kek kelahiran.

Setelah selesai majlis sambutan ulang tahun kelahiran staf, sisi petang di adakan Program Indoor Games. Program ini memberi ruang warga SOG untuk bersama-sama menonjolkan daya saing dan kepakaran minda mereka dalam permainan karum, catur, congkak dan dart.

Za'im Ahmad, pensyarah berkata, Indoor Games diadakan untuk meningkatkan semangat kesukanan.

"Kesihatan mental dan emosi perlu dijaga. Maka untuk menghilangkan tekanan dan beban kerja adalah dengan menyertai permainan ini"

"Permainan ini adalah sebagai penyuntik semangat dan pencetus minat kepada penglibatan staf SOG dalam program kesukanan yang lain pada masa hadapan", ujarnya lagi.

Pada majlis sama, Sharif Shofirun Sharif Ali, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) turut memulakan acara dengan bacaan doa selamat.

 

Oleh : Noor Faizzah Dollah / Salina Abdullah

Gambar Oleh : Pusat Pengajian Kerajaan