All News

BERJALAN GAYA HIDUP SIHAT, TINGKAT KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB PULIHARA ALAM SEKITAR

Image

SOG ONLINE: Kira-kira 15 staf telah menyertai program anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan program “Fitness Walk – Close To Nature : “Kepekaan Risiko dan Keselamatan Dalam Alam Sekitar” di Sekitar UUM, baru-baru ini.

Program ini adalah salah satu daripada inisiatif jawatankuasa untuk menggalakkan staf menjalani hidup lebih sihat dan aktif.

Objektif utama program ini bertujuan memberi pendedahan yang jelas tentang banyak kebaikan berjalan dan sewajarnya diamalkan serta mendekatkan diri dengan alam sekitar.

Malah, individu yang tidak gemar bersenam tetapi mahu mendapatkan faedah kesihatan kardio, berjalan kaedah penyelesaian terbaik.

Banyak kajian membuktikan cara berjalan yang sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tetapi dapat mengurangkan tekanan dan memperbaiki 'mood' individu.

Manakala aktiviti mengutip sampah sarap yang terdapat di sepanjang laluan dapat dilihat di mana staf sangat peka kebersihan, risiko dan keselamatan terhadap alam sekitar.

Za’im Ahmad berkata program “Fitness Walk-Close To Nature” tersebut berkonsepkan aktiviti berjalan secara santai, sihat dan cergas di kalangan staf yang membawa mesej semangat kerjasama dan juga kebersamaan staf SOG,” katanya.

“Staf akademik dan pentadbiran bersatu hati dalam program berjalan kaki berkenaan dan secara tidak langsung merehatkan minda dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf serta memupuk semangat cintai alam sekitar ”, katanya.

Dalam program ini, sesi perkongsian yang telah diadakan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan persediaan yang rapi sebelum masuk ke sesuatu kawasan. Kesedaran mengenai betapa pentingnya mengamalkan kebersihan dan keselamatan alam sekitar. Kita perlu mempertingkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dengan lebih jelas khususnya lebih menghargai dan menyayangi alam sekitar di mana sampah sarap yang di kumpul boleh dikitar semula .

 

Oleh : Salina Abdullah
Gambar Oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani