All News

KACAU BUBUR ASYURA SERLAH SEMANGAT KEMERDEKAAN KELUARGA SOG

Image

SOG ONLINE: Bagi membangkitkan semangat kemerdekaan, Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah mengadakan aktiviti kacau bubur asyura sempena Bulan Kemerdekaan peringkat SOG, baru-baru ini.

Pengerusinya, Zuriana Zahrin ketika mengulas aktiviti ini berkata, cetusan idea bermula daripada Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Sebagai tanda cinta negara, warga SOG telah menjayakan aktiviti santai dalam usaha merapatkan silaturrahim disamping mewarnai Bulan Kemerdekaan kali ke-65 khususnya Hari Merdeka yang bakal disambut pada 31 Ogos”

Sementara itu, Dr. Wahida Ayob menyifatkan aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang acap kali dilakukan setiap tahun oleh warga SOG bagi menyuntik semangat berpasukan dan bekerjasama.

“Saya teruja dan semangat ketika diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Ketua Chef dalam penyediaan bubur asyura ini dan menyifatkan ia sebagai aktiviti yang berjaya menyuntik semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan staf akademik dan pentadbiran SOG”, katanya.

Seramai 40 staf SOG telah menyertai aktiviti kacau bubur asyura merdeka tersebut.