All News

UUM RINGANKAN BEBAN KELUARGA B40 DI KAMPUNG TEROI BUKIT

Image

Sintok - Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds bekerjasama dengan Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia (UUM) meringankan beban keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dengan mengagihkan barangan keperluan harian kepada penduduk di Kampung Teroi Bukit, Yan Kedah baru-baru ini.

Pengarah program Anis Nabilah Arisha Aris 22, pelajar semester 4 daripada Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) berkata bahawa program penyerahan sumbangan barangan keperluan harian ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga B40 serta untuk menjayakan sebahagian dari projek Keluarga Malaysia.

“Saya amat berbesar hati dapat mendedahkan tentang dunia kesukarelawan kepada JKPS supaya mereka lebih peka dan sentiasa bersedia berbakti kepada komuniti”.

Tambahnya lagi, “Sememangnya program ini banyak memberikan manfaat dan pendedahan baharu kepada peserta dan saya amat berbangga dengan ahli jawatankuasa kerana berjaya menjayakan program Hi-impact ini”.

Bertempat di pekarangan rumah Encik Zakaria Tokoh Masyarakat Kampung Teroi Bukit, Yan Kedah, Inasis Proton dan Tradewinds serta sokongan daripada Pusat Pengajian Kerajaan  UUM menyerahkan 20 paket barangan keperluan harian kepada 20 keluarga golongan B40.

Kehadiran Datuk Hajah Norma Haji Awang - Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai merangkap Ahli Majlis Daerah Jerai menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan dan cenderamata kepada pihak Kampung Teroi Bukit.

Dalam ucapannya Datuk Hajah Norma Haji Awang menyampaikan syabas dan tahniah kerana telah mengadakan program yang memiliki impak kepada masyarakat dan komuniti Kampung Teroi Bukit.

“Saya berharap program-program sebegini dapat dilaksanakan semula pada tahun-tahun hadapan,” tambahnya.

Sementara Dr Asma Mat pengetua Inasis Proton dan Tradewinds mengucapkan terima kasih, kerana masyarakat Kampung Teroi Bukit telah sudi menerima kehadiran pelajar-pelajar daripada UUM untuk mengadakan aktiviti bakti siswa.

Adapun bagi pihak Pusat Pengajian Kerajaan UUM yang diwakili oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Dr Sharif Shofirun Sharif Ali, mengatakan, “Saya rasakan bagi program-program sebegini memang universiti amat mengalu-alukan, di mana kita perlu melibatkan pelajar dan staf untuk turut serta membantu komuniti, dan bersama-sama memberi khidmat kembali kepada komuniti”.

Seterusnya, “Pelajar akan lebih memahami tentang keluh kesah masyarakat, serta universiti menyatakan sokongan dan sentiasa ada dikala masyarakat memerlukan bantuan”.

Selain itu, pelajar Inasis Proton dan Tradewinds UUM juga berhasil menjayakan program gotong royong membersihkan surau bersama masyarakat di kampung itu.

Amissra a/p Su Pin 21, pelajar semester 2 daripada Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) yang terlibat dalam gotong royong membersihkan surau