All News

KIK-SOG TERIMA ANUGERAH KREATIVITI & INOVASI TERBAIK

Image

SOG ONLINE, 19 OKT : Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) iaitu Dinamik SoG terima sijil penghargaan dan plak pada Majlis Penyampaian Sijil Pemenang Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) 2022 di Bilik Mesyuarat Senat, pagi ini.

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah sudi menyampaikan sijil penghargaan dan plak kepada Kumpulan Dinamik SoG kerana telah berjaya memenangi Anugerah Kreativiti & Inovasi terbaik bagi Kategori Bidang Inovasi Sosial dengan projek bertajuk 'Smart Energy Base on Solar Hand Sanitizer' di Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Dan Kreatif (KIK) yang berlangsung pada 26 hingga 27 September lalu.

Beliau telah menzahirkan rasa terharu dan kagum kerana Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) mempunyai kreativiti yang mampu menarik perhatian juri dan penganjur pada konvensyen tersebut.

Pada majlis itu, Naib Canselor telah menyampaikan sijil kemenangan kepada johan KIK Kategori UUM iaitu  Kumpulan CJ9 dari Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) dengan projek bertajuk 'MetRe (Meter Reading) Apps’, diikuti naib johan oleh Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dengan projek bertajuk 'IU2E: Intelligent University Expert Explorer' dan tempat ketiga oleh Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) dengan projek bertajuk 'MyIPIZGrant'.

Semua kumpulan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 berserta sijil penyertaan.

 

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Muhammad Shamsul Shafie