All News

LAPORAN PROGRAM SENTUHAN SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Image

SOG ONLINE: Dewasa ini, kes jenayah seksual terutamannya terhadap kanak-kanak di Malaysia kian meningkat dan kelihatan membimbangkan.  Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan terhadap jenayah seksual yang berlaku sebelum ini, kebanyakan kes yang berlaku menunjukkan kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual ini tidak mengetahui perbuatan dilakukan penjenayah terlibat sebenarnya adalah jenayah seksual dan menyalahi undang-undang.

Justeru itu, PROGRAM SENTUHAN SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK telah diadakan bersama anak-anak yatim PERKIM, Alor Setar  pada 3 Disember 2022.  Objektif program ialah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kanak-kanak sekolah tentang apakah yang dimaksudkan dengan jenayah seksual dan menjelaskan secara lebih lanjut mengenai apakah bentuk sentuhan selamat. Pendedahan sebegini secara tidak langsung akan melindungi golongan yang lemah ini daripada menjadi mangsa jenayah seksual. Program ini akan disertai oleh LIMA (5) pelajar-pelajar Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) bagai fasilitator. Sesi pemindahan ilmu ini telah dikendalikan oleh para fasilitator yang dibimbing oleh Pensyarah dan pihak NGO dari PKWK.