All News

ENGLISH GAME SMK DULANG

Image

UUM ONLINE: Tanggal 12 Januari 2023 menjadi saksi satu program pendidikan bahasa Inggeris telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang bertempat di Yan, Kedah. Seramai sepuluh orang pelajar daripada kursus Asas Pentadbiran Awam (GMGA1013) School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM) seliaan Dr. Zuliana Azwa Binti Zulkifli telah menjayakan Program ‘English Games’ bertempat di sekolah tersebut bagi melakukan jalinan mesra antara pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelajar SMK Dulang. Antara motivasi Pelajar UUM yang ditugaskan di sekolah ini adalah sebagai satu projek tugasan dan pengalaman di luar kuliah. Program ‘English Games’ di bawah SULAM ini bertujuan untuk membantu pelajar di sekolah tersebut untuk membangunkan kemahiran bahsa Inggeris mereka. Selain itu, program ini juga mengajak para pelajar untuk lebih menyukai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan beberapa Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam bentuk permainan telah diadakan. Kelas 3 Perdana telah terpilih menjadi peserta sepanjang program berlangsung.

Menurut keratan akhbar New Straits Times (2019) yang ditulis oleh Vincent D’Silva, seorang guru Bahasa Inggeris Bernama Cikgu Dr Nor Fadzleen Sa’adon berkata bahawa pelajar hilang peluang untuk membangunkan kemahiran mereka dalam bertutur Bahasa Inggeris kerana malu dan tidak yakin dengan diri mereka dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian kami, pelajar sukar untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris kerana kurang yakin akan kemampuan mereka (Fazurawati Che Lah, 2019). Sehubungan itu, pihak UUM telah melaksanakan program ‘English Games’ di SMK Dulang bagi memperkukuhkan kosa kata dan ilmu pengetahun bahsa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.

Kumpulan yang terlibat mengendalikan program ini ialah Kumpulan 4 dari Kumpulan D dibawah seliaan Dr Zuliana Azwa. Kumpulan ini diketuai oleh Muhammad Izz Syahmi bin Samsul sebagai pengerusi program dibantu oleh Muhammad Helmi bin Zulkefli. Kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang ahli yang turut menjadi fasilitator mengendalikan program ini di bawah pantauan pensyarah dan pihak sekolah. Program English Games merupakan program yang dijalankan dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Peserta yang terlibat dalam program ini adalah pelajar 3 Perdana SMK Dulang. Seramai 29 Pelajar telah melibatkan diri secara penuh sepanjang program yang berlangsung selama tiga jam 30 minit itu.

 2

Gambar menunjukkan para fasilitator dari Universiti Utara Malaysia sedang mengendalikan sesi ‘ice breaking’ bersama para pelajar SMK Dulang.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Sesi Ice breaking, Guess the Animal, Word Maker dan Broken Radio.  Pelajar 3 Perdana telah dipecahkan sebanyak lima kumpulan mengikut warna iaitu warna merah, putih, hijau,kuning, biru. Program yang telah dijalankan ini bermula daripada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengah hari. Pelajar dan fasilitator bersemangat dan setiap kumpulan berusaha untuk mencapai markah tertinggi sepanjang program berlangsung. Diharapkan dengan adanya program ini, objektif program dapat dicapai.