All News

"PROGRAM JOM CERGAS" DI SMK DULANG, YAN

Image

UUM ONLINE: Masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu isu yang penting dan bukanlah satu isu yang perlu dipandang ringan. Ini kerana generasi muda ini merupakan pelopor kepada masa depan negara yang mengamalkan gaya hidup sihat. Sebilangan pelajar sekolah berisiko untuk menjadi obesiti disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak seimbang.

Justeru itu, PROGRAM JOM CERGAS merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan bersama-sama dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan pada 12 Januari 2023. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan kesedaran dan menambahkan pengetahuan kepada pelajar sekolah tersebut yang mempunyai berat badan tidak ideal agar mengamalkan gaya hidup sihat. Program yang dijalankan memerlukan pelajar untuk berlari di padang dan juga aktiviti sukaneka bagi meningkatkan kecerdasan badan pelajar-pelajar tersebut. Program ini akan disertai oleh 10 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) sebagai fasilitator dan lebih 20 orang pelajar yang mengalami masalah BMI di SMK Dulang.

Menurut peserta, Nurul Hafiza binti Adnan, program ini menambah ilmu beliau berkaitan topik pemakanan yang sihat. Disamping itu, beliau teruja dengan aktiviti sukaneka yang dijalankan kerana banyak aktiviti berbentuk ceria. 

Ketua Projek, Athirah Hanim merakamkan jutaan terima kasih atas penyertaan pelajar SMK Dulang dan peluang yang diberikan oleh pihak UUM melalui program SULAM.