All News

“PROGRAM HEALTHY MIND HAPPY LIFE” DI SMK DULANG, YAN

Image

UUM ONLINE: Menjadi satu penilaian bagi subjek GMGA1013: Asas Pentadbiran Awam di UUM untuk menjalankan aktiviti SULAM atau “ Service Learning Society”. Seramai 7 orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM)  menajalankan aktiviti di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Dulang, Yan, Kedah pada 12 Januari 2023. Program ini diketuai oleh  saudara Loo Wei Xuan sebagai Pengerusi.

Program “Healthy Mind Happy Life” yang dijalankan telah melibatkan seramai 18 orang pelajar yang menghadapai masalah BMI (Body Mass Index) daripada SMK Dulang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, dan tingkatan 4. Kelebihan daripada program ini ialah pelajar akan lebih terdedah dengan cara menjaga kesihatan mental dengan cara yang lebih efektif dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dengan cara berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang berlainan umur. Jadi ini juga dapat mengurangkan jurang hubungan antara pelajar junior dan senior. Sepanjang program ini dijalankan, semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan memberikan respons yang positif dan memberansangkan.

Peserta program. Nur Ain Natasya merasa teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan. Menurut beliau, pihak sekolah sememangnya telah ada usaha untuk memastikan kesihatan fizikal pelajar disekolah. Namun dengan kedatangan kakak dan abang senior dari UUM, ini lagi menyeronokkan kerana kebiasaannya hanya melibatkan guru dan pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik, “Let’s Protect Our Mind”, “Let’s Be Creative” dan Kotak Beracun. Program bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Pada penghujung program, majlis penutup dilakukan dengan menyampaikan hadiah kepada pihak sekolah dan wakil pelajar yang terlibat sepanjang program.