All News

"KEM HALA TUJU" DI SMK DULANG, YAN

Image

UUM ONLINE: Pada 11 Januari 2023, seramai sembilan (9) orang pelajar daripada kursus Asas Pentadbiran Awam (GMGA1013) dibawah seliaan Dr. Zuliana Azwa Binti Zulkifli  telah menjayakan “Program Kem Hala Tuju” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan, Kedah bagi memenuhi projek SULAM.Kem Hala Tuju di bawah SULAM ini bertujuan untuk membantu para pelajar menentukan hala tuju mereka selepas tamat menduduki peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, program ini juga akan mendedahkan hala tuju yang pelajar boleh pilih selepas menduduki peperiksaan SPM.

Projek ini diketuai oleh Aminurasyid Bin Jamatul Rahim. Antara intipati program ini adalah program ceramah yang disampaikan oleh Alumni Universiti Utara Malaysia, Puan Adh Dhamirah Binti Abdul Jalill yang kini berkhidmat dibawah NGO, Pertubuungan Kebajikan Khidmat Insan Utara (PESAN). Beliau menyampaikan ceramah motivasi kepada 70 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang, Yan, Kedah.

Menurut salah seorang peserta program. Irdina Huda, beliau amat gembira dengan penganjuran program ini kerana sebelumnya beliau tidak mengetahui pelbagai hala tuju selepas SPM. Irdina sebelumnya hanya beranggapan beliau perlu ke Tingkatan 6. Program ini benar-benar mengubah persepsi beliau.

Meskipun tempoh waktu program yang singkat dari 9.00 pagi ke 12.00 tenghahhari, program ini benar-benar memberi impak positif kepada para pelajar. Diharap para pelajar dapat memanfaatkan program dan kerjasama terjalin erat antara SMK Dulang dan UUM