All News

PROGRAM PERKASA KOMUNITI KEARAH SULAMPRENEUR BERSAMA KOMUNITI WANITA KAMPUNG SUNGAI DAUN

Image

SMK DULANG - Pada 11 Januari 2023, Program Perkasa Komuniti Kearah Sulampreneur yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang telah dianjurkan oleh 10 orang pelajar daripada subjek Asas Pentadbiran Awam Universiti Utara Malaysia. Program ini melibatkan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Pendidikan Khas Integrasi (Puan Azienty) dan juga Komuniti Wanita Kampung Sungai Daun yang seramai 10 orang diketuai oleh Puan Rahana Binti Jamil.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penduduk kampung tersebut dalam ilmu pembuatan roti. Ilmu yang dikongsi tersebut dapat digunakan oleh Komuniti Wanita Kampung Sungai Daun dalam memulakan perniagaan kecil-kecilan dan dapat peningkatan taraf hidup mereka. Aktiviti dimulakan dengan demonstrasi pembuatan roti.  Lebih menarik, peserta juga didedahkan dengan kaedah yang lebih mudah dan cara membangkitkan aroma dan rasa yang sedap  pada roti.

Menurut Puan Rahana, ini merupakan kali pertama beliau belajar membuat roti dan amat bersyukur dengan pendedahan yang diberi. Beliau berhasrat untuk menjadikan ilmu ini sebagai mata pencarian beliau dan amat berterima kasih atas peluang yang diberi pihak UUM, SMK Dulang juga ketua komuniti Kuala Sungai Daun kerana sudi memilih beliau.

Untuk rekod, program SULAM (Service Learning Malaysia : University for Society) ini dirangka untuk merakyatkan universiti. Program ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar.