All News

USAHA TANAM SEMULA POKOK DEMI CANTIKKAN PERSEKITARAN

Image

SoG ONLINE : Seramai 8 ahli Jawatankuasa 5S Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) terbabit dalam usaha menanam semula pokok dan menambahbaik kawasan yang terbiar sempena Program Wow: Melestari Pejabatku di sekitar pejabat dan bangunan SoG, baru-baru ini.

Program itu diketuai oleh Fadrul Kamal Bashah di mana setiap ahli mendapat tunjuk ajar dan bimbingan secara terus oleh beliau cara dan teknik penjagaan pokok dan penanaman semula pokok.

Antara usaha yang dilakukan sepanjang program itu, termasuk menambahbaik dan mencantikkan kawasan awam iaitu di foyer Colgis, laluan tangga, dapan pintu utama pejabat dan sudut rekreasi.

Aktiviti menanam semula pokok itu bertujuan memupuk kesedaran warga SoG kepentingan menjaga dan mencintai persekitaran pejabat.

“Tanaman semula pokok sedia ada adalah antara aktiviti pada hari tersebut dan ia diharap menjadi usaha yang baik sebagai langkah awal kepada ahli jawatankuasa untuk terus menjaga alam sekitar dan menghijaukan pejabat,” katanya.

Sementara itu, AJK Biro Promosi 5S, Salina Abdullah melihat program tersebut sebagai satu platform penting yang bermakna kepada ahli jawatankuasa kerana ia wajar dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk suasana hijau di persekitaran pejabat yang secara tidak langsung melahirkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga SoG

 

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Salina Abdullah