All News

JELAJAH TRANSFORMASI MINDA

Image

8 Mac | Jelajah Transformasi Minda

Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan & Rekreasi (JKSSR) vs Jawatankuasa 5S (JK5S) SoG ke Pusat Budaya & Seni (PBS)
Jelajah ini bertujuan untuk merangka peluang & menjayakan hasrat murni bekerjasama dgn PBS dlm penganjuran program kebudayaan dan kesenian.
Antaranya, persembahan dikir barat, koir, nyanyian, tarian, melukis mural, nasyid, puisi, menulis khat dsb.
Diketuai oleh Zuriana Zahrin, Pengerusi JKSSR dan turut hadir pada jelajah tersebut adalah Noof Faizzah Dollah, Salina Abdullah, Setiausaha I &II JKKSR, Abdul Halim Omar dan Mohd Mahadi mewaklili AJK5S.
Sempena lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan PBS oleh Cik Asmawiza Haji Hussin, Pengarah PBS dalam melaksanakan program kebudayaan, kesenian dan pengurusan majlis di peringkat pusat pengajian.
Selain itu, peluang yang julung-julung kali dirasai oleh sebahagian AJK ini memberikan satu pengalaman baharu kepada mereka serta mendapat pengalaman dan pengetahuan berkaitan proses rakaman audio dan video serta teknik-teknik suntingan video di studio rakaman berkaitan.
Pada akhir jelajah, sebahagian AJK telah dibawa melihat dengan lebih dekat seni mural yang telah dihasilkan oleh pelajar dan diberikan taklimat ringkas.

Oleh : Salina Abdullah
Gambar Oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani