All News

PROGRAM MOBILITI OUTBOUND (NON-CREDIT) SOG-UMY 2023

Image

YOGYAKARTA. Seramai 12 orang pelajar SOG UUM telah menyertai Program Mobiliti Outbound (tidak berkredit) ke Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dari 10 hingga 15 Mac 2023. Aktiviti program dimulai dengan pelajar menghadiri The 17th URECOL 2023 (University Research Colloquium) di UMY yang turut melibatkan Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf iaitu Dekan SOG sebagai Keynote Speaker bersama Prof. Dr. Ir. Sukamta, S.T., M.T., IPM iaitu Wakil Rektor Bidang Akademik Universitas Muhammadiyah Yogyakarta.

Aktiviti seterusnya adalah para mahasiswa SOG UUM yang menyertai program mobiliti outbound berkenaan telah menghadiri beberapa sesi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah UMY dan menyertai diskusi akademik bersama pelajar-pelajar UMY. Antara kuliah yang dihadiri mahasiswa SOG UUM ialah bertajuk “Humanity and Disaster Response” oleh Dr. Rahmawati Husein dan “Social Media and Digital Era in Indonesia and Malaysia” oleh Prof. Dr. Achmad Nurmandi manakala sesi diskusi akademik bertajuk “Social and Economic Development Challenges : Comparison Between Malaysia and Indonesia” melibatkan aktiviti perbincangan dan pembentangan oleh mahasiswa UUM dan UMY. Penyampaian kuliah juga turut melibatkan sesi kuliah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf kepada mahasiswa UMY bertajuk “Kendala dan Tantangan : Tata Kelola Pemerintahan Daerah Era Digital di Indonesia dan Malaysia”.

Selain program berbentuk akademik, mahasiswa SOG UUM juga turut dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah, kebudayaan dan ekopelancongan di sekitar Yogyakarta seperti lawatan ke Chandi Borobudur, Muzium Muhammadiyah, Taman Sari, Malioboro dan Pantai Parangtritis. Program ini turut berjaya mencapai persetujuan bersama di antara SOG, UUM dan IGOV, UMY dalam konteks perancangan kerjasama penyelidikan, penerbitan dan pertukaran bidang kepakaran pensyarah serta pelajar UUM-UMY untuk tahun 2023 ini bagi terus memperkasa dan mengukuhkan MoU sedia ada di antara kedua-dua buah universiti.

 

Oleh: Mohd Syahril Said