All News

PERTINGKAT PROFESIONALISME KENDIRI DEMI MERAIH KESEMPURNAAN IBADAH

Image

SOG ONLINE: Bagi meraih kesempurnaan ibadah puasa di Bulan Ramadhan, Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR) Pusat Pengajian Kerajaan telah menganjurkan Program Pemantapan Profesionalisme Kendiri di Dewan Sri Angsana, EDC Hotel UUM, baru-baru ini.

Dekan Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf berkata, objektif program itu diadakan adalah bagi mengaplikasikan tingkah laku yang lebih baik untuk meningkatkan prestasi hasil kerja berkualiti dan menggalakkan penglibatan staf dalam memberi komitmen dalam penganjuran aktiviti bersama komuniti.

“Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) sentiasa membuka pintu dan memberi ruang perbincangan secara bersama bukan sahaja pelajar senior atau junior untuk terlibat dengan program-program anjuran SoG”, katanya.

“Begitu juga dengan masyarakat luar, sebagaimana hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi dan pihak universiti untuk memasyarakat dan merakyatkan program yang dibuat oleh pusat pengajian untuk komuniti, saya memohon semua jawatankuasa untuk memasukkan program-program bersama komuniti luar bagi membolehkan kepakaran dan program yang dibuat oleh SoG dapat memberi faedah kepada masyarakat dalam kampus dan komuniti luar”, tambahnya lagi.

Jelasnya, bukan sahaja dapat melaksanakan tugas secara profesional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni. malah merapatkan silatulrahim antara pensyarah dan pelajar

“Saya yakin penganjuran program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan menghimpunkan lebih ramai staf akademik, pentadbiran, pelajar dan masyarakat luar’, ujarnya

Pada program itu juga, telah diadakan sesi Ceramah Ramadhan Mubarak disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Ustaz Lutfi Amir Saiadin yang berkongsi tentang Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa: “Ramadhan Berkat, Taqwa Meningkat” dalam bulan Ramadhan.

Sebenarnya, bagi meraih berkat terdapat pelbagai amalan kebaikan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan dan ia tidak semestinya dengan wang ringgit.

Paling penting adalah niat dalam melakukan kebaikan kerana walau sekecil mana pun usaha, pasti besar maknanya.

“Sesiapa yang melakukan amalan Solat Sunat sebelum Solat Fardhu, ganjarannya seumpama melakukan Solat Fardhu 70 kali ”, katanya

“Menurut Al-Quran, (Surah Ali ‘Imran: ayat 14-17) Allah telah sebutkan bahawasanya kehidupan manusia di dunia semuanya sukakan kepada perhiasan. Salah satu ciri orang bertaqwa adalah orang yang selalu berbuat ihsan dalam kehidupan sehariannya. Allah janjikan syurga bagi golongan ini yang didalamnya terdapat air sungai yang mengalir”, ujanya lagi.

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

“Kita berpeluang untuk melaksanakan pelbagai amal ibadat fardhu dan sunat dengan menghayati semaksima yang mungkin bagi mengumpul pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T”, jelas beliau.

Dekan turut menyampaikan sumbangan Bakul Ramadhan Ukir Senyuman kepada kakitangan Pencucian dan Pembersihan (UPSB), Pusat Pengajian Kerajaan, Norazilawati Ahmad  dan anak-anak beliau turut diraikan.

Di samping itu, turut di adakan majlis berbuka puasa staf bersama keluarga, pelajar dan komuniti luar di Restoran Sri Beringin, EDC Hotel UUM.

Turut serta dalam majlis itu ialah Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman, Timbalan Pengarah Akademi Golf Nasional UUM, Dr. Nor Azizah Zainal Abidin, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Dr. Siti Syuhadah Mohamad (Pengerusi Program Pascasiswazah), Dr. Sharifuzah Osman (Pengerusi Program Sarjana Muda Pengurusan Awam) dan dihadiri oleh staf akademik dan pentadbiran.

Program yang dihoskan oleh Dr. Noranida Mokthsim, Pengerusi Program Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan itu sangat santai dan bersahaja.

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Mohd Mahadi Mohd Razani

.