All News

BENGKEL PENULISAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON PUBLIC ORGANISATION (ICONPO) 2023

Image

Meskipun sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, keletihan dan kesibukan bekerja tidak menghalang lebih 20 staf di Pusat Pengajian Kerajaan UUM untuk turut sama turun padang menjayakan bengkel penulisan ICONPO 2023 bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengajian Kerajaan. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Seminar dan Latihan Pusat Pengajian Kerajaan sebagai pendorong untuk menambah penyertaan dan penglibatan khususnya dari staf akademik Pusat Pengajian Kerajaan untuk turut menyertai seminat terbabit. Seminar ICONPO 2023, dijadualkan bakal dilaksanakan di Adya Hotel Langkawi pada 17 dan 18 Ogos 2023.

Menurut salah seorang peserta,  Dr Norlaila Abdullah Chik, sebagai jawatankuasa untuk seminar ICONPO, beliau berterima kasih pada pihak SOG dan penganjur kerana menyediakan fasiliti dan peluang untuk mereka bersama-sama menyiapkan diri untuk menyertai seminar ICONPO. Beliau juga merakamkan penghargaan kerana meskipun dalam bulan Ramadhan, kebajikan peserta tidak dilupakan dan kesemua peserta disediakan bekal nasi kerabu buat juadah berbuka puasa.

Justeru itu, program ini banyak membantu peserta untuk menyiapkan diri mereka untuk menyertai seminar anjuran SOG . Program ini mendapat sambutan hangat dan semoga akan dapat memberi manfaat kepada para peserta.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan oleh,

Dr Zuliana Azwa Zulkifli,

Setiausaha,

AJK SEMINAR DAN LATIHAN SOG 2023