All News

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAIKAN MUSLIMAT SoG

Image

Oleh : Salina Abdullah

Gambar Oleh : Siti Nur Izzati Saad

SOG ONLINE :  Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR), Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan kira-kira 30 muslimat di kalangan staf akademik dan pentadbiran sempena Sambutan Nuzul Al-Quran di Bilik Seminar SoG baru-baru ini.

Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, bulan Ramadan adalah kesempatan paling berharga untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran, sama ada secara bertadarus atau berseorangan.   Al-Quran yang kita miliki bukan sahaja perlu dibaca, malah ia harus dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Zuriana Zahrin, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keceriaan, Sukan dan Rekreasi (JKKSR) SoG.

Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih serta menyampaikan cenderahati berupa pulut kuning rendang ayam dan air minuman kotak kepada peserta yang telah menyertai majlis tersebut.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemai rasa kecintaan terhadap Al-Quran dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai sebahagian daripada amalan harian.