All News

WAJAH PELAJAR SOG DI PAPARAN BILLBOARD UNIVERSITI LUAR NEGARA

Image

UUM ONLINE :  Mohd Uzair Hamzi Suhaimi, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Awam, Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Universiti Utara Malaysia, benar-benar tidak menyangkakan yang kehadiran beliau di negara gajah putih bagi Outbound Mobility Programme di Thanksin University (TSU) , Thailand pada  27 dan 28 Februari 2023 lalu menjadikan gambar beliau terpampang di billboard utama universiti berkenaan.

Uzair ketika ditemui berkata, beliau hanya menyedari gambar kenangan yang diambil bersama sahabat semasa program berkenaan dipilih oleh pihak TSU sebagai untuk diletakkan di billboard bersama kata-kata positif “be versed” dalam usaha universiti berkenaan melahirkan graduan yang berprestasi tinggi dan berkemahiran.  Beliau amat teruja apabila dimaklumkan oleh sahabat disana sambil berseloroh supaya mereka segera mendapatkan tandatangan beliau sebelum beliau terkenal sebagai artis disana.

Di perspektif lain, Uzair meluahkan rasa amat bangga kerana ini menunjukkan pihak TSU memandang tinggi hubungan baik yang dibina dengan pihak Pusat Pengajian Kerajaan kerana dalam banyak usahasama yang dibuat, pihak TSU memilih gambar pelajar Universiti Utara Malaysia bagi melambangkan ikon untuk “be versed”.  Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak TSU atas penghargaan yang diberi.

Mohd Uzair Hamzi Suhaimi kini sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berharap agar para pelajar di SOG khususnya untuk sentiasa bersemangat dan berusaha untuk menaikkan nama universiti dipersada antarabangsa.