Universiti Utara Malaysia. Seramai 10 orang pensyarah daripada Universiti Mahasarakham, Thailand telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pengajian Kerajaan pada 20 Jun 2023. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar pendapat mengenai program-program yang ditawarkan di Pusat Pengajian kerajaan di samping mencari peluang untuk menjalinkan berkerjasama dari segi pertukaran pelajar dan pensyarah mereka ke Pusat Pengajian Kerajaan.
Program ini di hadiri oleh 10 orang wakil delegasi Universiti Mahasarakham Thailand yang melibatkan Ketua Jabatan Sociology dan Antropologi dan beberapa pensyarah iringan mereka. Delegasi ini disambut oleh Dr. Nor Azizah Zainal Abidin (Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa), Dr. Za’im Ahmad (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman, Dr Noranida Mokhtsim (Pengerusi Program Pengurusan Pembangunan), dan Dr. Rosfarahliza Azura Ramli (Pengurus BSD).
Seterusnya delegasi ini dibawa ke perpustakaan Universiti Utara Malaysia dan bersiar-siar di dalam kawasan Universiti Utara Malaysia dan berakhir di Anjung Tamu, UUM.
Ini merupakan program kunjungan yang bermanafaat dan membuka minda pensyarah kedua pihak serta satu peluang untuk menjalinkan Kerjasama bersama disamping merupakan inisiatif yang baik dalam memperkukuhan hubungan antara SOG dan universiti Luar negara.