All News

BENGKEL ROADMAP BERI MANFAAT KEPADA JAWATANKUASA

Image

SoGONLINE: Lebih 35 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pusat Pengajian Kerajaan  (SoG) menyertai program Bengkel Roadmap Jawatankuasa SoG yang diadakan di Hompton Hotel The Beach, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan buat julung kalinya itu, ekoran 2 tahun penganjuran tertangguh akibat pandemik Covid 19 bertujuan meningkatkan pencapaian pusat pengajian bagi tahun 2023 untuk semua teras dalam Pelan Strategik Fasa Ketiga (2021-2025) dari segi penyediaan maklumat berkaitan dengan perancangan serta pelan tindakan yang perlu dilakukan.

Dekan SoG, Prof. Madya Dr. Halimah Abdul Manaf berkata, bengkel tersebut membantu pengurusan pusat pengajian menyelaras pelaksanaan program mengikut jawatankuasa serta semangat saling bantu antara jawatankuasa bagi merealisasikan hasrat universiti.

“Besarlah harapan saya agar bengkel ini akan memberi manfaat kepada semua peserta kerana tujuan utama penubuhan jawatankuasa di pusat pengajian dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat organisasi serta penyampaian perkhidmtan yang cemerlang”, katanya.

Penganjuran bengkel ini bermatlamat merangka pelan perancangan strategik yang terkini bagi memperkasakan hala tuju atau roadmap SoG sebagai pusat pengajian yang menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang serta memastikan perancangan program atau aktiviti yang disusun sepanjang tahun dapat dilaksanakan mengikut garis masa dan objektif yang ditetapkan.

Justeru, sempena bengkel selama 3 hari 2 malam telah berjaya memuktamadkan visi, misi, teras strategik dan program yang akan dilaksanakan untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Antara pengisian aktiviti telah diadakan antaranya aktiviti kuiz Kenali Siapa Saya, teambuilding, aktiviti sukan morning walk, pembahagian berkumpulan mengikut teras, serta pembentangan program berdasarkan teras yang ditetapkan.