All News

BENGKEL PENULISAN KERTAS KERJA - ICONPO XII

Image

UUM Sintok- Dalam kesibukan persiapan untuk “International Conference on Public Organisations (ICONPO XII) 2023 yang bakal berlangsung 17 dan 18 Ogos 2023, Jawatankuasa Seminar dan Latihan (SOG) dibawah pengerusinya, Prof Madya Dr Zawiyah Mohd Zain, menganjurkan Bengkel Penulisan Kertas Kerja bagi persidangan terbabit pada 27 Jun 2023. Bengkel terbabit dilaksanakan di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Kerajaan serentak dengan mesyuarat bagi jawatankuasa ICONPO yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama.

Persidangan ICONPO 2023 pada kali ini melibatkan kerjasama antara pihak Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) dan Asia Pacific Society for Public Affairs (APSPA). Bertemakan “Strengthening Digital Transformation Towards Smart Governance”, persidangan ini dijangka akan menarik penyertaan dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu penganjuran bengkel penulisan kertas kerja ini telah menjadi platform bagi memudahkan para peserta khususnya dari SOG yang berminat untuk menyertai seminar terbabit. Ini bagi merealisasikan KPI yang disyaratkan untuk dicapai pusat pengajian mahupun staf di Pusat Pengajian Kerajaan.

Menurut Dr Zuliana Azwa Binti Zulkifli, beliau yang juga merupakan Timbalan Setiausaha bagi Persidangan ICONPO 2023 dan Setiausaha bagi Jawatankuasa Seminar dan Latihan dapat memanfaatkan kemudahan dan fasiliti yang diberikan oleh Pusat Pengajian Kerajaan dengan penganjuran bengkel kertas kerja terbabit. Dalam kesibukan menyiapkan pelbagai  tugasan, bengkel sebegini mampu menyuntik semangat dan memberi peringatan kepada peserta yang segala hal yang berkaitan dengan persidangan ICONPO2023.

Selain dari hanya memfokuskan pada penulisan kertas kerja penuh, antara intipati bengkel berkenaan juga adalah menyediakan platform bagi sebarang persoalan dari para peserta persidangan ICONPO termasuk dari segi logistik, yuran penyertaan dan banyak lagi. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan penyertaan lebih daripada 30 staf SOG yang terlibat.