All News

KIAMAT IKLIM 2040: KEMPEN KESEDARAN DARI (DR) HAJJAH SHARIFAH MAZLINA BUKA MATA MENGENAI ISU PEMANASAN GLOBAL

Image

UUM Sintok- Sebut sahaja Antartika, nama Datuk (Dr) Sharifah Mazlina ,pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA) yang juga  merupakan wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo akan menjadi ingatan. Pada 11 Julai 2023 yang lalu, beliau hadir di Auditorium SOIS, Universiti Utara Malaysia bagi memberikan ceramah bertajuk Kiamat Iklim 2040.

Program ceramah ini mendapat sambutan hangat dari para pelajar dan staf UUM khususnya mereka yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan Kiamat Iklim 2040. Menurut Sharifah Mazlina, berbaki 17 tahun sahaja lagi, Malaysia diramal akan menjadi antara negara dunia yang mengalami kiamat iklim iaitu situasi dimana negara ini akan terdedah dengan iklim paling ekstrem kesan daripada pemanasan global. Tambah beliau, ramalan ini tidak hanya bersandarkan kepada pemerhatian beliau berdasarkan situasi semasa di Antartika, bahkan disokong oleh kajian dari para saintis dunia termasuk dari Amerika Syarikat dan juga Rusia.

Menurut Puan Noor Faizzah Dollah,pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan,  beliau teruja dapat bersua muka dengan Datuk (Dr) Sharifah Mazlina kerana sebelum ini hanya berpeluang untuk mengikuti perkembangan beliau melalui maya. Puan Noor juga berkongsi perkaitan antara iklim semasa seperti banjir yang sangat kerap berlaku yang merupakan kesan akibat pemanasan global.

Selain itu, Dr Noranida Mokthsim, pengarah projek yang bertanggungjawab menjemput Datuk (Dr) Sharifah Mazlina ke UUM juga berhasrat agar kesedaran ini tidak dipandang ringan oleh masyarakat khususnya golongan pelajar dan amalan untuk mengurangkan pemanasan global seperti kitar semula, penanarman semua pokok menjadi amalan yang diteruskan.

Program ceramah ini membuka mata para pelajar berkaitan kiamat iklim dan berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.