All News

PEMBANGUNAN PELANCONGAN LESTARI NENERUSI PROJEK DESAKU LESTARI

Image

YAN, KEDAH:  Syamim Syamimi binti Omar dan 9 rakan dari kumpulan 1 bagi Subjek GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam dibawah seliaan Dr Zuliana Azwa Binti Zulkifli mampu menarik nafas lega apabila projek SULAM mereka bertajuk  “ My Sustainable Village (Desaku Lestari) : Approach to Improve the Welfare of Society in Yan, Kedah” melabuhkan tirai pada 13 Jun 2023. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama kumpulan 3 yang diketuai oleh saudari Iffah Kamilia.

Menurut Syamim, pengalaman ini amat berharga idea untuk melaksanakan projek desaku lestari ini tercetus selepas beliau dan rakan kumpulan membuat lawatan ke Kampung Warna-Warni yang terletak di Perlis. Projek itu menarik minat beliau untuk membuat transformasi yang sama di Daerah Singkir Darat, Yan meskipun perubahan yang dibuat oleh kumpulan beliau tidaklah sebegitu besar umpama projek di Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan beliau adalah menceriakan surau,membersih surau dan menghias mercu tanda kampung.

Menurut Encik Tajudin Abd Rahman, wakil dari penduduk setempat, mereka sangat gembira menerima kedatangan para pelajar UUM yang turun padang membantu menceriakan kawasan kampung. Menurut beliau, peluang sebegini julung kali diadakan dan kehadiran para pelajar UUM ini menunjukkan teladan yang baik kepada anak belia kampung dan menjadi pendorong kepada mereka untuk turut sama melaksanakan aktiviti yang boleh menyumbang kepada kebaikan penduduk kampung.

Selain dari 13 Jun 2023, para pelajar telah hadir ke kampung dari 23 Mei dan 6 Jun bagi melihat transformasi dan impak kepada program yang mereka laksanakan dengan lebih komprehensif.