All News

KENALI POTENSI “ESSENTIAL SKILLS” BAGI PROJEK SULAM SEMESTER A222

Image

YAN, KEDAH: Program “ Building A Strong Foundation: Essential Technical Skills For Beginners” diketuai oleh saudari  Fatimah Az Zahraa’ Binti Khairul Anuar dan 9 lagi pelajar dibawah subjek GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam telah dilaksanakan bersama komuniti di Kampung Singkir, Yan, Kedah. Program ini merupakan satu program perkongsian ilmu dalam bidang kemahiran yang melibatkan beberapa orang penduduk kampung tersebut dan pelajar Universiti Utara Malaysia. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa isu yang hangat apabila segelintir penduduk kampung tersebut yang tidak mempunyai peluang untuk menceburi bidang kemahiran.

Program ni boleh memberi peluang kepada penduduk dalam bidang perniagaan supaya mereka mengetahui bahawa bidang kemahiran ini juga boleh memperolehi kejayaan. Program ini mempunyai matlamat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman dalam bidang perniagaan ini

Menurut salah seorang peserta program dari kalangan penduduk kampung, Encik Zarul, beliau teruja apabila para pelajar sudi singgah ke kedai makan beliau untuk berkongsi pengalaman berkaitan keperluan untuk menjadi multi skill dalam sesuatu perniagaan. Selain dari berniaga kedai makan, En Zarul juga menjalankan perniagaan bundle dan membaiki motor untuk menambah pendapatan.

Salah seorang pelajar,, Nurin Aqilah binti Azhar, menyatakan beliau mendapat banyak ilmu dengan beberapa siri lawatan beliau dan rakan-rakan ke daerah Yan bermula dari 23 Mei 2023, 6 Jun 2023 dan juga 13 Jun 2023. Setiap kali pertemuan dengan penduduk akan membuka mata beliau akan kesusahan hidup masyarakat luar bandar, namun mereka kreatif dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran demi kelangsungan hidup.