All News

MEMUPUK NILAI SEJARAH MELALUI “LIVING HISTORY: MOMENTS THAT MATTER”

Image

YAN, KEDAH: Program “Living History: Moments that Matter”  yang diketuai oleh saudari Nurul Sajidah Jamaluddin  bersama 9 rakan beliau memberi nafas baru dalam perlaksanaan projek SULAM di semester A222 dibawah subjek GMGA 1013 Asas Pentadbiran Awam apabila kumpulan ini satu-satunya kumpulan yang menekankan kepentingan dan menghargai nilai sejarah.

Menurut ketua kumpulan, tiada apa yang lebih penting dari mengenali asal usul dan nilai sejahtera yang mampu memupuk rasa cinta pada diri sendiri dan juga pada negara. Oleh itu, melalui beberapa aktiviti yang berlainan yang dijalankan di setiap sesi lawatan di Yan, Kedah, kumpulan ini membawa maksud untuk menerapkan elemen cinta pada sejarah.

Untuk siri yang pertama pada 23 Mei 2023, kumpulan ini mendapat bimbingan dari pegawai dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang tidak lokek berkongsi akan keindahan candi-candi yang berada di situ. Perkongsian dari lawatan ke muzium itu juga menunjukkan negara kita mempunyai asas bidang perniagaan yang bagus dan menjadi salah sebuah negara yang tersohor dalam perdagangan menurut sejarah.

Selain itu, pada siri 6 Jun 2023, kumpulan ini menjemput penceramah, Ustaz Hidayat Amir untuk menceritakan konsep sejarah dan pengorbanan dalam menuntut ilmu. Program ini menarik minat bukan sahaja golongan pelajar bahkan masyarakat setempat. Di siri terakhir 13 Jun 2023, kumpulan ini menyertai projek Desaku Lestari dan turut sama mengindahkan kawasan surau di Singkir Darat.