All News

ALUMNI SOG, PUAN AZMANIRA ISMAIL KONGSI PERSPEKTIF MAJIKAN DALAM PROGRAM “UPSKILLING AND RESKILLING PREPARING FOR THE FUTURE”

Image

UUM Sintok- Kelihatan santai dan bersahaja, namun siapa sangka wanita kecil molek ini merupakan wanita besi yang bersemangat waja dan tergolong diantara alumni Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) yang bergelar jutawan. Puan Azmanira Ismail, penasihat di Cybicom (M) Sdn Bhd merupakan bekas pelajar di SOG pada tahun 2004-2007. Beliau Kembali ke SOG pada 16 Julai 2023 yang lalu untuk menabur bakti dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman berkaitan topik “Upskilling and Reskilling Preparing For the Future”.

Program ceramah yang disampaikan oleh Puan Azmanira Ismail dihadiri oleh barisan staf SOG termasuk para pensyarah dan juga staf pentadbiran. Program ini juga berjaya menarik minat lebih 48 pelajar dari GMGF 2014 Analisis Fiskal dibawah seliaan Dr Norlaila Abdullah Chik. Lebih menarik, beliau turut membawa pelbagai cenderahati seperti gula-gula Mesra, T-shirt dari Petronas, dan pelbagai lagi.

Dalam sesi perkongsian, Puan Azmanira menceritakan pengalaman beliau setelah selesai konvokesyen pada tahun 2008. Pada waktu itu, beliau tidak mempunyai apa-apa dan telah menghantar resume kepada beratus-ratus syarikat, namun gagal mendapat pekerjaan. Berbekalkan modal permulaan sebanyak RM3000, beliau menceritakan bagaimana beliau mengembangkan modal terbabit sewaktu menjalankan perniagaan cyber café dibawah  CTC Jaya  Resources pada tahun 2008. Beliau tidak putus asa sehnggalah terciptanya beberapa syarikat dibawah beliau iaitu Cybicom (M) Sdn Bhd (2013), Jaya Murni Mini Station (2014), Jaya Station Enterprise (2019) dan terbaru Tatacara Sdn Bhd (2021).

Menurut beliau, seiring zaman, majikan zaman sekarang menginginkan calon pekerja yang tidak hanya mahir berkomunikasi bahkan mereka yang fast-learner. Seiiring zaman, penggunaan teknologi banyak membantu dalam urusan seharian dan keupayaan untuk memanfaatkan teknologi juga akan menjadi satu merit pada calon yang memohon kerja. Disamping itu, beliau turut menekankan calon yang mempunyai perwatakan positif disamping purata CGPA lebih dari 3.0.

Puan Azmanira merupakan contoh yang wajar dicontohi kerana disamping semangat waja dan tidak berputus asa dalam hidup, beliau juga sangat menghormati ibu dan guru-guru beliau. Sehingga kini, Puan Azmanira tidak lokek untuk berkongsi sumbangan kewangan mahupun in-kind supaya dapat dimanfaatkan oleh para pelajar lain. Sesi ceramah ini tamat pada jam 1.00 tengahhari.