All News

UNIVERSITAS OF SULTAN AGENG TIRTAYASA (UNTIRTA) INTAI KERJASAMA DENGAN PUSAT PENGAJIAN KERAJAAN (SOG) UUM

Image

Pulau Pinang, 13 Julai 2023- Dalam waktu selingan sewaktu Bengkel Roadmap Jawatankuasa Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) bertempat di Hompton Hotel the Beach, Pulau Pinang, Dekan SOG, Prof Madya Dr Halimah Binti Abdul Manaf sempat menerima kunjungan dari seramai 6 orang delagasi Universitas of Sultan Ageng Tirtayasa (UNTIRTA) dan seorang wakil dari Pertubuhan Masyarakat Indonesia (PERMAI) Pulau Pinang. Delegasi UNTIRTA diketuai oleh Dr Agus Prihartono selaku Dekan Fakulti Undang-Undang.

Delegasi dari Indonesia ini berhasrat untuk menjalankan kerjasama akademik dengan pihak SOG setelah melihat kepada kemajuan dan ranking baik yang diperoleh oleh pihak UUM. Untuk rekod, UUM telah dinobatkan sebagai Pemenang Tempat Pertama Universiti Awam di Malaysia mengikut THE Young World University Ranking 2023 pada 3 Julai 2023.

Prof Madya Dr Halimah amat berbesar hati menerima kunjungan terbabit dan mencadangkan supaya pihak UNTIRTA untuk memulakan jalinan kerjasama dengan menjemput para pensyarah dari SOG dalam penganjuran “lecture series”. Beliau juga sudi bekerjasama sekiranya pihak UNTIRTA memerlukan rakan untuk geran kajian antarabangsa dan pelbagai kajian yang memberi faedah kepada kedua belah pihak.

Selain itu, Dr Agus Prihartono juga memaklumkan bahawa UNTIRTA juga memiliki jurnal sendiri dan dalam usaha untuk mendapatkan tauliah daripada pihak SCOPUS. Jaringan kerjasama akademik akan memberi manfaat sekiranya turut mendapat kerjasama dari pihak SOG.

Pertemuan terbabit berakhir jam 2.30 petang dan pihak terlibat mengambil gambar kenang-kenangan.